t u t o r i a l s i t e
home tutorial twitter facebook official +follow
disclamiar
annyeong guise
Yad {16} Malaysian. This my tuto site. Contact me, I'm friendly.

chat
leave footsteps

credit
thanks for everything
©nurin
thank you people

« newer post
older post »
Tips Blogging
Friday, July 29, 2011 - 0 comment


Assalamualaikum.

Memandangkan ramai sangat Blogger terlalu bergaya. Bukan setakat terlalu bergaya pada pakaian, malah juga terlalu bergaya pada blog mereka juga. Memang mereka ada hak letak apa sahaja yang mereka nak dalam blog mereka, tapi kadang-kadang blog mereka itu membuatkan pembaca lain akan terganggu. Bergaya boleh, tapi jangan berlebihan.

Lets start.

Background

Jika nak ambil background, pastikan background korang tu berpada-pada. Maksud saya, cari yang simple, dan sesuai dengan tema blog korang. Jangan terlalu shining, ataupun animated. Sudah ber-shining, kemudian di transparent pula background entri. Apa yang si pembaca nak baca? Bukan setakat memberi masalah untuk membaca malah untuk buka blog korang pun sudah menjadi masalah kerana terlalu berat. Saya sarankan ambil background yang satu warna atau mungkin sesuai untuk diletak ke dalam blog mengikut tema dan kreativiti secara berpada-pada. Mungkin polkadot atau vintage?

Font

Basically, font itu adalah tulisan blog. Saya sarankan pilih font yang mudah untuk dibaca untuk entri. Tidak perlu bercantik sangat. Kekemasan adalah lebih penting. Boleh pilih font yang kemas seperti trebuchet ms, arial atau verdana. Atau mungkin georgia? Jadi sila pilih font yang mudah dibaca, kemas dan tidak serabut. Barulah pembaca ada semangat nak baca.

Dan kepada mereka yang terfikir untuk apa Blogger letak font cantik-cantik tapi tidak boleh digunakan? Korang boleh gunakan font-font yang agak stylish untuk tajuk-tajuk tertentu.

Gadget|Widget

Gadget dan widget. Boleh diletak, tapi sila berpada-pada. Kenapa? Sebab letak gadget dan widget secara berlebih-lebihan akan buatkan blog korang berat. Jika korang rasa korang nak sangat letak sesuatu yang agak berat seperti snow? Korang boleh letak, dan kemudian tidak lagi perlu tambah shining cursor or somethings yang bergerak dalam blog. Dan untuk disable righ click, disarankan tidak perlu letak pop-out window dan pop-out welcome alert. Tidak perlu.

Music Player

Bila saya masuk ke blog orang. Benda pertama yang saya akan cari adalah button pause. Why? Kalau diletak lagu yang berkenan dihati tak apa, ini diletak lagu zaman 60-an, apo kono ejang? Itu okay lagi, tak memasai keluar orang menjerit ke apa, niaya je. Srsly, kalau nak letak music player sila letak sekali button pause. Tak semua orang suka lagu yang kita minat.

Shortform Writter

Ini mungkin jarang berlaku dikalangan blogger. Tapi ada sesetengah mereka, terlalu shortform. Bukan shortform, kadang-kadang ia dah menjadi bahasa alien. Susah untuk difahami. Ditukar huruf 'A' menjadi 'EW', dibesar kecil huruf demi huruf. Adakah mereka fikir tulis sebegitu comel? 

URL Blog

Untuk URL blog, letaklah URL yang mudah untuk di ingat. Ataupun URL yang pendek, tidak perlu berpanjang sakan. Lebih mudah lebih bagus. Kerana mana tahu ada pembaca baru yang minat dengan entri anda, tiba-tiba dilupa untuk bookmark dan lupa begitu saja URL blog anda, tidak mereka frust menonggeng dihadapan komputer?

Cursor

Ini tidak banyak berlaku, tapi masih juga berlaku. Cursor yang tiada arrow especially mereka yang buat tutorial. Kalau nak letak cursor, letak yang ada arrow. Dan tidak perlu terlalu sarat dengan shining or bubble. Boleh diletak tapi jangan sampai memberatkan blog anda.

Itu sahaja sedikit sebanyak yang saya boleh sampaikan. Ini saya bercakap berdasarkan pendapat dan pengalaman saya. Saya tidak bermaksud untuk menyakitkan hati mana-mana pihak. Tak apa, saya dulu pun sama. Kita semua pernah lalui perkara yang sama. Tapi, kita boleh berubah.

Goodluck.

Labels: