t u t o r i a l s i t e
home tutorial twitter facebook official +follow
disclamiar
annyeong guise
Yad {16} Malaysian. This my tuto site. Contact me, I'm friendly.

chat
leave footsteps

credit
thanks for everything
©nurin
thank you people

« newer post
older post »
Tips & Cara Menggunakan Contact Lens Untuk Kali Pertama
Friday, August 26, 2011 - 0 comment


Hello!

As the title, yad nak berkongsi tentang perkara contact lenses. Contact lenses ━ kanta lekap boleh dikatakan ciptaan yang paling terbaik kerana dia bukan sahaja dapat membantu orang-orang yang di luar sana untuk melihat tanpa menggunakan cermin mata, malah  boleh di gunakan seperti kosmetik. Tapi tahukah anda, contact lenses ini juga boleh buatkan seseorang itu dalam masalah? Seperti buta, atau mata semakin sensetif? Ya, semestinya mereka akan menjawab tahu. Jadi, untuk mengingatkan dan memberitahu kepada mereka yang tak tahu tentang contact lens ini sila teruskan membaca.

1 - Sentiasa simpan contact lens anda dengan selamat. Sekiranya contact lens anda koyak ataupun melebihi tamat tempoh, henti dari memakainya untuk mencegah dari jangkitan kuman. Mencegah lebih baik dari merawat.

2 - Pakai contact lens anda kurang dari 8 jam. Bawa contact lens case anda kemana-mana sebagai persiapan supaya boleh ditanggalkan ketika kecemasan. Jika anda terpaksa memakainya dari pagi sehingga ke lewat malam, saya syorkan untuk tidak perlu memakai contact lenses yang sama lagi atau boleh gunakan produk pembersihan mendalam (deep cleansing) seperti Ao Sept

Basically, AO Sept ni produk yang bagus. Dia menyediakan botol untuk meletakkan contact lenses anda, dan kemudian akan ada buih-buih keluar dari bawah dan membersihkan contact lenses anda dengan lebih effektif. Boleh gunakan produk ni seminggu atau dua kali seminggu, ataupun boleh digunakan harian. Boleh dapatkan di Watson.


3 - JANGAN sesekali berkongsi contact lens anda dengan orang lain. Dont ever do that.

4 - Saiz lens yang lebih kecil amat sesuai dan lebih selamat berbanding yang bersaiz besar.

5 Mencuci contact lens amatlah penting. Jadi, gunakan air yang dikhaskan, jangan sesekali menggunakan air paip. Ataupun boleh gunakan Ao Sept untuk pembersihan lebih mendalam. Selain itu, anda boleh beli machine contact lens cleanser atau ultrasonic contact lens cleaner dimana letakkan contact lenses anda ditempat yang disediakan, tekan butang. Kemudian, selalunya akan menghasilkan 'vibrate' khas yang dapat membersihkan contact lenses anda. Khas untuk mereka yang mata sensetif.

6 - Jangan memakai contact lens anda dalam keadaan terbalik.


7 - Berhati-hati dengan contact lens jika anda memiliki kuku yang panjang. Mungkin anda akan merosakkan contact lens anda ketika pembersihan dengan kaedah menggunakan jari dan tapak tangan. Jadi saya syorkan gunakan alatan khas yang lain selain kaedah pembersihan menggunakan jari dan tapak tangan tu.

8 - Perlulah membasuh tangan dengan menggunakan sabun sebelum memegang contact lens. Kita taknak kuman berpesta dalam mata kita, right?

9 - Kalau anda tidak menggunakan contact lenses tersebut, tukar water solution contact lenses anda dua hari sekali jika anda menggunakan normal lens case. Kalau anda menyimpan contact lenses anda di dalam ao sept case, tukar seminggu sekali.

10 - Jika anda pertama kali mahu menggunakan contact lenses, sila berjumpa yang lebih arif dulu.

Setakat itu sahaja. Jika ada yang kurang pasti tentang info contact lens, sila bertanya kepada penjual tersebut. Dia lebih pakar berbanding saya hehe. Terima kasih.

Recommended site ━ pinkyparadise shoppingholic
Goodluck.

Labels: